Petra League



1.0    PENDAHULUAN

1.1          Petra League 2013 merupakan Liga Bola Sepak yang baru pertama kalinya diadakan pada tahun 2013. Liga ini berkonsepkan Bola Sepak (Football) dan Persahabatan (Friendship).

1.2          Maksud Bola Sepak (Football) menurut definisi Petra League adalah, mengekalkan peraturan asas sukan bola sepak. Manakala Persahabatan (Friendship) menurut definisi Petra League adalah, menambah beberapa peraturan baru yang boleh meningkatkan hubungan persahabatan antara pasukan dan mengurangkan pergaduhan.

1.3          Tujuan Petra League diadakan adalah untuk mewujudkan sebuah Liga Bola Sepak tempatan yang terbuka penyertaannya kepada pasukan bola sepak tempatan (Sarawak).

1.4          Setakat ini Petra League hanya membuka penyertaan kepada 8 buah pasukan sahaja. 8 buah pasukan yang bakal bersaing di dalam Petra League adalah pasukan yang akan dinilai dari segi disiplin pemain dan pengurusan pasukan.

1.5Petra League 2013 dianjurkan oleh sebuah kumpulan yang sememangnya fokus dan sistematik di dalam melakukan pengurusan iaitu Mastermind Organizing Team (MOT). MOT akan menjayakan Petra League dengan kerjasama daripada Petra Crocs Football Club.

1.6          Selaras dengan pembangunan sukan bola sepak negara am nya dan negeri Sarawak khususnya, kewujudan Petra League di Bandaraya Kuching akan menjadi sebuah landasan baru untuk anak- anak tempatan bersaing secara sihat di dalam sukan bola sepak.


2.0    MATLAMAT

2.1          Matlamat Petra League 2013 adalah untuk menjadi sebuah Liga yang berjaya memupuk sifat persahabatan antara setiap pasukan yang bertanding. Selain itu, Petra League 2013 berhasrat akan menjadi sebuah liga yang berkualiti dari segi sistem pengurusan.

2.2          Kejayaan matlamat ini akan meletakkan Petra League sebagai sebuah liga yang dihormati dan berkembang di tahun- tahun yang akan datang.


3.0    OBJEKTIF

3.1          Untuk membentuk mentaliti bersaing secara sihat antara pasukan di dalam sukan bola sepak. Mentaliti ini termasuklah mengurangkan sifat- sifat negatif sesetengah pasukan bola sepak yang gemar melakukan provokasi kepada pasukan lawan yang akhirnya akan mencetus pergaduhan.

3.2          Melatih individu di dalam sesebuah pasukan untuk lebih menonjolkan kekuatan sebenar sebagai pemain bola sepak dan bukannya kekuatan untuk bergaduh.

3.3          Melatih dan merangsang kualiti pengurusan sesebuah pasukan agar lebih berdisiplin dan sistematik. Hal ini termasuklah pengurusan masa, pemain dan pasukan.

3.4          Mewujudkan suasana permainanan bola sepak yang positif dimana keadaan ini akan menggalakkan pembinaan empayar persahabatan yang kukuh antara semua pasukan yang terlibat.

3.5          Berdisiplin dan terus fokus di dalam pengurusan Petra League agar dapat menjadi sebuah liga tempatan yang berjaya sekaligus berpeluang memancing mata- mata tajaan yang bakal menyalurkan sumbangan kepada masa depan Petra League.


4.0    Mastermind Organizing Team (MOT)

4.1          Mastermind Organizing Team (MOT) adalah pihak penganjur yang bertanggunjawab melaksanakan dan menjayakan Petra League 2013 dengan kerjasama Petra Crocs Football Club.

4.2          Mastermind Organizing Team (MOT) terdiri daripada:

Team Leader:                    Hwang  (Awang Fahd bin Hj Awang Khalik)
Legal Advisor:                    Zane (Abang Zain Azreen bin Hj Abg. Draup)
Action Master 1:               Boy (Elyasa Haikal bin Kamri)
Action Master 2:               Fariz (Muhd. Fariz Fadhlullah bin Zakaria)


5.0    Nama dan Logo Liga

5.1          Liga ini diberi nama “Petra League”. Inspirasi yang mencetus pemilihan Nama “Petra League” adalah kawasan untuk kebanyakkan liga ini berlangsung di kawasan Petra Jaya.

5.2          Berikut merupakan Logo Petra League:




6.0    Pasukan yang terlibat di dalam Petra League 2013

6.1          Berikut merupakan pasukan- pasukan yang terlibat di dalam Petra League 2013 disertakan dengan nama dan nombor telefon bimbit Pengurus Pasukan:

1.       Petra Crocs                                         Manager: Hwang (010-968 8787)
2.       AGTM FC                                             Manager: Zakey (016-877 8721)
3.       Petra Jaya Kickers                            Manager: Yazid (016-860 6710)
4.       Rs Boyka                                              Manager: Ejat (016-855 8857)
5.       Kapsel FC                                             Manager: Abun (016-577 0112)
6.       KITA FC                                                 Manager: Topek (016-874 7040)
7.       La Noon FC                                         Manager: Lan (012-889 3550)
8.       Fleexc FC                                             Manager: Oden (014-393 3704)

6.2          8 Buah pasukan yang tersenarai di dalam Petra League 2013 adalah pasukan yang telah dinilai dari segi disiplin pemain dan pengurusan yang setakat ini menunjukkan reaksi positif.

6.3          Pihak MOT berharap 8 buah pasukan yang telah ditawar untuk bersaing di dalam Petra League 2013 ini berasa bangga dan berbesar hati untuk terus kekal dengan hasrat untuk menyertai Liga ini.


7.0    Tarikh Liga MULA dan TAMAT

7.1          Berikut merupakan tarikh yang ditetapkan oleh pihak MOT untuk tarikh mula dan tarikh tamat liga:

Mula:                                                           7hb September 2013 (Sabtu)
Tamat:                                                         7hb December 2013 (Sabtu)
Jumlah Hari Perlawanan:                              14 Hari (Setiap Hari Sabtu)
Tempoh Liga Berlangsung:                           3 Bulan 1 Minggu
Jadual Perlawanan:                                       Sila Rujuk "Match Schedules"


7.2          Walaubagaimanapun, pihak MOT akan bersedia jika berlaku “Perlawanan Tertunda” disebabkan faktor cuaca, tarikh cuti istimewa dan kemungkinan lain.

7.3          Berikut adalah faktor yang akan mengakibatkan “Perlawanan tertunda”.

1.       Hujan Lebat dan Kilat Sambar Menyambar.
2.       Padang yang bermasalah secara tiba- tiba.
3.       Pengadil yang tidak hadir secara tiba- tiba.
4.       Pergaduhan yang terlampau dan tidak terkawal.
5.       Cuti Istimewa yang jatuh pada tarikh perlawanan.
6.       Kematian keluarga peserta dan pasukan.

7.4          Mungkin juga wujud faktor- faktor lain yang diluar jangakaan pihak MOT. Namun,  demi memastikan kelancaran dan keharmonian liga, pihak MOT akan  memastikan Petra League 2013 berjalan dengan lancar.


8.0    Padang Untuk Perlawanan

8.1          Berikut adalah maklumat dan status mengenai padang untuk Petra League 2013:

1. Padang Perumahan Petra Jaya
2. Padang D Stadium Petra Jaya
3. Padang Polis Marin Bintawa

9.0    Pengadil untuk Perlawanan

9.1          Pihak MOT telah pun menghubungi Encik Aziz (Ketua Pengadil) mengenai Petra League 2013. Respon yang amat positif daripada Encik Aziz, dan beliau akan membantu Pihak MOT untuk menyediakan baki pengadil untuk Petra League 2013.

9.3          Demi untuk kelancaran dan keharmonian Kuasa Pengadilan di dalam Petra League 2013, pihak MOT telah menetapkan standard “Sewa Pengadil” kepada Rm 150 untuk setiap satu perlawanan.



10.0  Tajaan Khas (sumbangan) MOT kepada Petra League 2013

10.1        Tajaan khas (sumbangan) yang akan diusahakan oleh pihak MOT kepada Petra League 2013 bertujuan untuk melancarkan proses perjalanan liga.

10.2        Sehubungan itu, tajaan (sumbangan) ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan serta menaik taraf Petra League ini di Bandaraya Kuching.

10.3        Berikut merupakan senarai tajaan (sumbangan) yang akan diusahakan tanpa sebarang janji:

1.       Bola Rasmi Perlawanan (utk setiap pasukan)                 Status: LULUS!
2.       Laman Web Rasmi Petra League                                  Status: LULUS!


11.0  Sistem Liga (Petra League 2013)

11.1        Liga ini berformatkan “Home Away League”. Setiap pasukan akan berpeluang bertemu 2 kali di dalam liga ini dengan berstatus “Home” dan “Away”.

11.2        Untuk Format Permainan Petra League 2013, pihak MOT akan menerangkan lebih lanjut di dalam kertas “Syarat dan Peraturan” yang telah disediakan.

11.3        Masa perlawanan adalah 45 minit (separuh masa pertama) dan 45 minit (separuh masa kedua). Masa rehat adalah 10 minit. Ini menjadikan keseluruhan masa perlawanan adalah 100 minit (1 Jam 40 minit).

11.4        Pembayaran padang dan pengadil adalah 50-50 di antara kedua- dua pasukan yang bertanding. Hal ini terkecuali jika padang telah dibayar terlebih dahulu oleh pihak MOT. (Jika hal ini berlaku maka, pihak MOT akan collect wang sebulan sekali.)

11.5        Untuk kelancaran dan ketepatan maklumat bagi setiap perlawanan. Pihak MOT akan mengaplikasikan OMIS (Official Match Information Sheet) di dalam Petra League 2013. Sila rujuk Lampiran 1 untuk OMIS. Pihak MOT akan menerangkan lebih lanjut cara pengunaan OMIS dalam kertas “Syarat dan Peraturan”.

11.6        Bagi memastikan pengurusan Liga berjalan dengan lancar, pihak MOT telah menetapkan “TIMELINE” Match Day seperti berikut:

(4:30pm- 6:10pm)---> Perlawanan 100 minit berlangsung

(7:00pm- 10:00pm)---> Pengurus Pasukan akan update OMIS kepada pihak MOT menerusi Whatsapp

(10:00pm- 12:00am)---> Segala maklumat perlawanan akan diproses dan di update ke WEBSITE.

11.7        Pengurus pasukan ataupun Penolong pasukan diwajibkan untuk menggunakan Whatsapp bagi memudahkan KOMUNIKASI dengan pihak MOT. Setidak- tidaknya, lantik seorang wakil yang memiliki whatsapp. (Lantik wakil tersebut menjadi pegawai rasmi komunikasi pasukan anda)

11.8        Meeting pengurus pasukan hanya dilakukan 1 bulan sekali. Tarikh akan ditetapkan pihak MOT mengikut kesesuaian masa Pengurus Pasukan. Meeting tergempar akan diadakan jika berlaku agenda yang berbangkit.

12.0  Hadiah Liga

12.1        Berikut merupakan Hadiah untuk Petra League 2013:

JUARA (1)                                            Rm 500 dan Piala Petra League 2013

NAIB JUARA (2)                                 Rm 300 dan Piala Naib Juara Petra League 2013

TEMPAT KETIGA (3)                         Rm 200 dan Piala Tempat Ketiga Petra League 2013

Fairplay                                                 Piala Fairplay Team Petra League 2013

Top Scorer                                            Piala Top Scorer Petra League 2013

SUPER TEAM                                     Rm 1000 dan Piala Super Team Petra League 2013

12.2        Piala Fairplay akan dihadiahkan kepada pasukan yang memungut jumlah kad kuning dan merah yang paling kurang di antara pasukan- pasukan lain di dalam Petra League 2013. Sekiranya terdapat dua ataupun lebih pasukan yang berjaya memungut kurang kad kuning dan kad merah, maka sistem pemilihan seperti dibawah akan berkuat kuasa:

1.       Kad akan dinilai sebagai (1 kad merah = 5 kad kuning). Contoh:

Team A = 2 kad kuning
Team B = 1 kad Merah (bersamaam 5 kad kuning)
Maka, Team A akan dipilih sebagai pemenang Fairplay Petra League 2013.

2.       Pasukan yang paling lewat mendapat kad kuning di dalam Liga akan memenangi Piala Fairplay. (Kiraan adalah berdasarkan jumlah perlawanan.) Contoh:

Team A – Kad Kuning pertama pada perlawanan ke 10
Team B – Kad Kuning pertama pada perlawanan ke 11
Maka, Team B akan dipilih sebagai pemenang Fairplay Petra League 2013

3.       Jika ditakdirkan, dua atau lebih pasukan yang masih lagi seri di dalam perkongsian jumlah kutipan kad paling rendah maka, Dua(2) atau lebih Piala Fairplay akan disediakan.

12.3        Super Team adalah Hadiah Penganugerahan khas daripada Petra League 2013. Di mana syarat untuk memenangi anugerah ini adalah:

1.       Rekod pungutan kad kuning dan merah keseluruhan liga adalah kosong (0).
2.       Rekod Jaringan keseluruhan liga adalah Sepuluh(10) gol dan ke atas.
3.       Rekod bolos keseluruhan liga adalah Sepuluh(10) gol dan ke bawah.
4.       Bersih daripada sebarang rekod buruk di dalam liga. (sila rujuk syarat dan penyertaan)


13.0  Yuran dan Borang Penyertaan

13.1        Yuran yang ditetapkan oleh Pihak MOT adalah berjumlah Rm 250 sahaja. Bayaran hendaklah dibayar secara tunai sahaja.

13.2        Borang penyertaan telah disediakan oleh pihak MOT di dalam Kertas Borang Penyertaan. Segala maklumat yang dikehendaki hendaklah diisi dengan lengkap. Sila Rujuk Lampiran (A) “Borang Penyertaan dan Kontrak Perjanjian Denda”

Syarat Dan Peraturan Rasmi Petra League 2013

1.0    AM
1.1          Pertandingan ini dinamakan LIGA PETRA 2013.

1.2          Semua pasukan dan pemain yang bertanding di dalam liga ini diwajibkan mematuhi segala peraturan-peraturan ini bagi kelancaran dan keharmonian Pertandingan Liga Petra 2013.

1.3          Segala urusan pasukan bertanding diuruskan oleh Pengurus/Ketua Pasukan tersebut dimana beliau akan berhubung secara terus dengan pihak pengurusan MOT mengenai sebarang perkara pertandingan.

1.4          Undang-undang dan peraturan Liga Petra 2013 adalah muktamad dan Pengurus/Ketua pasukan yang bertanding diwajibkan menandatangani sebagai pengakuan dan pemahaman Undang-undang dan peraturan Liga Petra 2013.


2.0    PENGELOLA
2.1          Pertandingan ini dikelolakan oleh pihak pengurusan Mastermind Organizing Team (MOT)

3.0    PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN
3.1          Yuran penyertaan ialah RM 250 sahaja. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai sahaja kepada MOT sebelum 24hb OGOS 2013 (Sabtu).

3.2          Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih dari Dua Puluh Lima (25) orang pemain tanpa mengira had umur bangsa, kaum atau agama.

3.3          Setiap individu pemain yang didaftarkan dalam sesebuah pasukan hendaklah disertakan satu(1) salinan kad pengenalan dan juga satu(1) keping gambar terbaru saiz passport. INDIVIDU YANG GAGAL MENYERAHKAN SALINAN KAD PENGENALAN DAN GAMBAR TERSEBUT TIDAK AKAN DIDAFTAR SEBAGAI PEMAIN YANG SAH PASUKAN TERSEBUT.

3.4          Borang pendaftaran pasukan bertanding hendaklah diserahkan bersama duit yuran RM 250 kepada pengurusan MOT sebelum atau pada 24hb Ogos 2013 (Sabtu).

3.5          Sebarang penukaran pemain selepas tarikh tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN oleh Pihak Pengurusan MOT. Ini bagi melancarkan proses pengurusan Liga Petra 2013.

3.6          Pihak pengurusan MOT akan memastikan setiap pemain bagi sesebuah pasukan adalah berdaftar dan pihak pengurusan MOT mempunyai hak mutlak untuk bertindak terhadap pasukan yang gagal mematuhi peraturan pendaftaran pemain tersebut.

3.7          Tarikh akhir untuk PERSETUJUAN menyertai liga adalah pada 20 Julai 2013. Jika selepas tarikh tersebut ada pasukan yang ingin menarik diri, denda Rm 200 akan dikenakan. Jika denda tidak dibayar maka tindakan undang- undang akan diambil ke atas pasukan tersebut.

4.0    PERATURAN PERTANDINGAN
4.1          Masa bagi semua perlawanan adalah seperti berikut:
Separuh masa pertama : 45 minit
Masa berehat : 10 minit
Separuh masa kedua : 45minit

4.2          Pasukan yang akan bermain hendaklah berada dalam padang lima (5) minit  sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan jika sesuatu pasukan gagal berada dalam padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan.

4.3          Jadual perlawanan untuk setiap pasukan  akan ditentukan dengan cara undian yang akan diuruskan oleh pihak MOT.


4.7          Pemberian mata ialah :
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

4.8          Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut digunakan bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.

4.8.1      Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak (Goal Difference)

4.8.2      Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak.

4.8.3      Jika masih seri, ditakdirkan sememangnya seri maka, Play Off akan berkuatkuasa untuk memilih Juara.

4.8.4      Jika masih seri, tendangan penalti akan dilakukan untuk memilig Juara.

5.0    PERTUKARAN PEMAIN
5.1          Setiap pasukan diberi 10 “Slot Pertukaran”. (5 Slot untuk separuh masa pertama dan 5 slot untuk separuh masa kedua). Slot Pertukaran adalah tidak akumulatif.

5.2          Setiap 1 “Slot Pertukaran”, jumlah keluar masuk pemain adalah bebas “Unlimited”.

6.0    KEMENANGAN PERCUMA
6.1          Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-

6.1.1      Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam Perkara 3

6.1.2      Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam Perkara 4.2, Peraturan Pertandingan.

6.1.3      Gagal menyediakan sekurang-kurangnya tujuh(7) pemain.

6.1.4      Menarik diri atau tidak mahu meneruskan perlawanan.

6.2          Bagi pasukan yang menarik diri daripada perlawanan (tanpa sebarang alasan yang munasabah), maka pasukan tersebut dikira kalah dan kos perlawanan (Sewa padang dan pengadil) akan dibayar 100% oleh pasukan tersebut.

6.3          Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan adalah menang 3-0.

6.4          Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.


7.0    PERATURAN AM
7.1          Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

7.2          Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam satu (1) perlawanan dan diperintahkan keluar padang, pemain tersebut tidak boleh bermain dalam satu (2) perlawanan berikutnya.

7.3          Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam satu (1) perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam satu (2) perlawanan berikutnya.

7.4          Mana-mana pasukan yang bertemu dengan pasukan Home perlu menukar jersinya.

7.5          Sehubungan dengan itu, pasukan yang bertanding digalak menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai nombor masing-masing dan berwarna yang berlainan iaitu untuk jersi utama dan jersi simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang bertanding memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya tercatit kedua dalam senarai jadual perlawanan akan menukarkan jersinya. Penjaga gol semasa bermain dalam perlawanan akan memakai warna yang berbeza daripada kedua-dua pasukan yang bertanding dan juga berbeza daripada Pengadil.

7.6          Pemain ganti (Sub Players) yang berada diluar padang diwajibkan untuk menggunakan bip ataupun pakaian yg lain daripada jersi pasukan mereka yang berada di dalam padang. Hal ini untuk mengelak kekeliruan pihak pengadil.

7.7          Semua pemain WAJIB menggunakan pelapik tulang kering (shin guard). Jika TIDAK, pemain akan diberi amaran serta tidak dibenarkan bermain di dalam perlawanan tersebut. Kesalahan yang berulang kali akan menyebabkan pasukan itu disingkir daripada liga.

7.8          Jawatankuasa Pengurusan MOT tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan. (Hal ini termasuk kehilangan harta benda, pergaduhan, dan kehilangan nyawa)

7.9          Jika tidak disebut di dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syaratsyarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolesapak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

8.0    PENGADILAN
8.1          Pengurusan MOT  akan menyediakan pengadil yang bertauliah sepanjang Liga berlangsung.

9.0    Denda Kad Merah!
9.1          Petra League 2013 adalah liga yang berkonsepkan “Football & Friendly”. Pihak MOT mengambil serius jika ada dikalangan pemain yang dikenakan kad merah.

9.2          Denda sebanyank Rm 100 (untuk setiap 1 kad merah) akan dikenakan kepada pasukan yang memungut kad merah di sepanjang liga berlangsung.

9.3          Lampiran khas telah disediakan pihak MOT untuk menandatangani syarat di atas.

9.4          Denda boleh dibayar pada bila- bila masa sepanjang liga berlangsung dan tarikh luput pembayaran adalah 2 minggu Selepas Liga Tamat dengan Rasmi.

9.5          Tindakan undang- undang akan dikenakan kepada pasukan yang GAGAL membayar denda sepanjang tempoh yang dinyatakan.


10.0  PAS RASMI PEMAIN
10.1        Selaras dengan matlamat Petra League 2013, pihak MOT akan menggunakan Sistem “PAS RASMI PEMAIN” sebagai langkah untuk mengelak penipuan dan kemasukkan pemain asing.

10.2        Gambar terbaru pemain yang bersaiz passport diperlukan untuk menyediakan PAS RASMI PEMAIN. Kos pemprosesan kad ini ditanggung 100% oleh pihak MOT.

10.3        PAS RASMI PEMAIN adalah WAJIB dibawa disetiap perlawanan bagi pemain yang bemain pada perlawanan tersebut. Kegagalan membawa PAS RASMI PEMAIN maka, pemain TIDAK DIBENARKAN bermain.

10.4        Sistem penggunaan PAS RASMI PEMAIN adalah seperti berikut:

                Sebelum perlawanan – Semua Pemain berbaris di atas padang dan menyerahkah PAS RASMI PEMAIN kepada pengadil yang bertugas.

                Selepas perlawanan – Pemain hendaklah mendapatkan semula PAS RASMI PEMAIN.

1.5          Jika Kehilangan PAS RASMI PEMAIN maka, pemain tersebut akan dikenakan bayaran Rm20 untuk pemprosesan semual Pas Rasmi Pemain.

11.0  JERSI DAN NOMBOR PEMAIN.
11.1        Setiap pemain yang berdaftar bagi setiap pasukan akan didaftar sekali dengan NOMBOR JERSI. Hal ini adalah WAJIB. Ruangan untuk pendaftaran nombor ada disediakan sekali di dalam borang penyertaan.

11.2        Setiap pemain wajib menggunakan jersi yang bernombor seperti yang didaftar SAHAJA.

11.3        Jika pemain tersebut tidak mempunyai jersi yang seragam dengan pasukannya maka, pemilihan warna yang serupa adalah diwajibkan. Jersi tersebut hendaklah bernombor seperti yang didaftarkan. (Paling teruk Conteng baju dengan menggunakan Marker.

11.4        Kegagalan pemain untuk mengikut syarat- syarat “JERSI DAN NOMBOR PEMAIN” akan menyebabkan pemain tersebut tidak dapat diturunkan bermain.

11.5        Gunakan masa yang ada sekarang untuk menyediakan jersi ANDA. Pihak MOT tidak akan melayan sebarang alasan berhubung dengan masalah pemain yang memberi alasan pada hari perlawanan.

12.0  TARIK DIRI DARIPADA LIGA
12.1        Menarik diri daripada Petra League 2013 adalah ditegah sama sekali. Pasukan yang mengambil keputusan untuk berhenti bermain pada bila- bila masa di sepanjang musim liga akan dikenakan denda Rm 300 oleh pihak MOT.

12.2        Tindakan undang- undang akan di ambil bagi pasukan yang tidak membayar denda. Lampiran khas akan disediakan untuk menandatangani peraturan ini. (Petra League 2013

13.0 KEHILANGAN BOLA RASMI
13.1        Tanpa sebarang alasan, pasukan yang menghilangkan bola rasmi Petra League 2013 akan didenda Rm150. Lampiran untuk menandatangi syarat ini telah disediakan oleh piha MOT.

13.2        Tempoh akhir untuk membayar denda adalah 2 minggu selepas tarikh rasmi Petra League 2013 tamat.

13.2        Pasukan yang gagal untuk membayar Denda akan dikenakan tindakan undang- undang.

14.0  OFFICIAL MATCH INFORMATION SYSTEM (OMIS)

14.1        Official Match Information System (OMIS) adalah sistem mengemas kini maklumat perlawanan yang efektif untuk melancarkan Petra League 2013.

14.2        Lampiran OMIS akan disediakan oleh Pihak MOT kepada setiap pasukan. Sila rujuk Lampiran (C) untuk contoh “Official Match Information System OMIS”.

*Setiap selesai perlawanan, setiap pasukan akan mengambil gambar “Screen Shot” OMIS yang jelas dengan maklumat perlawanan dan akan di Update ke Whatsapp Rasmi Petra League 2013.

14.3        OMIS adalah Sistem yang WAJIB untuk dilaksanakan. Kegagalan sesebuah pasukan untuk melaksanakan Sistem OMIS dengan sempurna boleh menyebabkan keputusan sesbuah perlawanan akan dibatalkan.

14.4        Kegagalan Pertama akan diberikan AMARAN. Kegagalan kali kedua akan menyebabkan pasukan tersebut akan Di DENDA RM 50. (begitu juga dengan kegagalan yang seterusnya)

15.5        Penyerahan Kertas OMIS akan dilakukan Sebulan sekali ketika “Perjumpaan Rasmi Pengurus Pasukan”.

15.0  BANTAHAN DAN RAYUAN
15.1        Sebarang bantahan dan rayuan hendaklah dibuat secara bertulis atau lisan kepada pihak pengurusan MOT.


15.2        Pengurusan MOT akan mengeluarkan sebarang keputusan mengenai bantahan atau rayuan tersebut secara terus atau pada masa yang akan diumumkan kelak.


No comments:

Post a Comment